Powered By Blogger

Wednesday, February 16, 2011

PETA TAWAR GANJARAN RM6,000

(Saya terima kenyataan akhbar ini dari PETA Asia di Hong Kong dan disiarkan sepenuhnya)

Pertubuhan Perlu Bantuan Untuk Tahan Lelaki Yang Dera Sushi

Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) Asia menawarkan ganjaran sejumlah RM6,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai identiti lelaki yang mendera seekor anjing poodle bernama Sushi dalam sebuah video yang telah tersebar di Internet baru-baru ini. Lelaki yang dirakam itu dipercayai warganegara Malaysia, memukul dan menggoyang Sushi tidak berhenti-henti. Lelaki itu bertindak kejam menumbuk, menendang dan membaling anjing tersebut untuk memaksa ia belajar berdiri. Walaupun PETA telah menghantar banyak maklumat mengenai kes itu kepada Polis Diraja Malaysia, Pengarah Jabatan Siasat Jenayah berkata mereka tidak dapat memastikan identiti lelaki dalam video tersebut. Siasatan jenayah tidak dapat dijalankan sekiranya mereka tidak ada maklumat jenayah atau tip-off daripada anggota masyarakat. Tidak ada sesiapa pun yang tahu di mana Sushi berada sekarang.

Agnes Tam, pegawai PETA Asia berkata, “Orang yang mendera binatang boleh diibaratkan sebagai pengecut. Mereka melepaskan perasaan ketidakpuasan hati mereka terhadap haiwan-haiwan yang tidak mempunyai kuasa untuk melindungi diri sendiri”.

Menurut agensi penguatkuasaan undang-undang dan pakar kesihatan mental, penjenayah yang mendera binatang biasanya akan mengulangi perbuatan dan ini akan mendatangkan bahaya kepada semua haiwan dan manusia.

Di bawah seksyen 44 Akta Binatang 1953 Malaysia, lelaki dalam video tersebut boleh didenda sehingga RM50, 000 atau hukuman enam bulan penjara jika sabit kesalahan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Bukit Aman di talian 03 – 2266 2222.

Untuk maklumat lanjut, sila layari PETAAsiaPacific.com.

Atau hubungi:

Agnes Tam +852 6206 8984 AgnesT@PETAAsiaPacific.com

Jason Baker +852 6200 7588 JasonB@PETAAsiaPacific.com

No comments: