Powered By Blogger

Sunday, February 20, 2011

ANALISIS KEPUTUSAN ANUGERAH SERI ANGKASA 2010 – KATEGORI RADIO

Akhirnya debaran para karyawan penyiaran terjawab apabila senarai penuh keputusan diumumkan pada Malam Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) yang disiarkan serentak secara langsung oleh tiga organisasi penyiaran utama iaitu RTM, Media Prima dan Astro.

Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai keputusan yang dibuat oleh panel juri ataupun bunyi pahat yang banyak kedengaran sebaik sahaja acara tersebut selesai.

Amat menarik untuk melihat bagaimana Bernama Radio24 yang baharu memasuki usia empat tahun telah mampu meletakkan namanya setaraf dengan stesen penyiaran lain yang lebih tua.

Berbanding pesaing terdekat, Klasik Nasional dan Minnal FM, Bernama Radio 24 menunjukkan prestasi cemerlang apabila 14 penyertaannya berjaya disenaraikan sebagai pencalonan akhir dalam 10 kategori. Manakala Klasik Nasional, 13 pencalonan akhir dalam 7 kategori dan Minnal FM sebanyak 7 pencalonan dalam 6 kategori.

Dari segi jumlah kemenangan, Bernama Radio24 hanya kurang satu anugerah daripada Klasik Nasional. Klasik memenangi 4 anugerah manakala radio24 menang 3. Minnal pula hanya menang 1.

Kemenangan Ahmad Zaini Norbi dalam kategori Pengimbang Muzik Radio Terbaik amat manis kerana ia menewaskan stesen yang mempunyai peralatan audio yang lebih lengkap termasuk sebuah stesen yang mempertaruhkan sebuah rancangan hiburan terkemuka.

Kemenangan Zaini melalui novela radio ‘Embun Hibiscus’ turut membuka mata pendengar bahawa percubaan stesen ini untuk meneroka sesuatu yang baharu, akhirnya membuahkan hasil.

Malah drama tersebut turut dicalonkan sebagai Drama Terbaik manakala Sheikh Raffie Abd Rahman yang juga Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio24 bersaing dengan Datuk Ahmad Tamimi Siregar untuk kategori Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik selain Wan Syahrina sebagai calon akhir bagi kategori Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik.

Untuk kategori Bicarawara Radio Terbaik pula, 3 daripada 4 pencalonan akhir adalah dari Bernama Radio24 dan kemenangan melalui program ‘flagship'nya Kerusi Panas memang tidak boleh dipertikaikan.

Juga menarik untuk dilihat bagaimana dalam kategori yang sebelum ini diungguli oleh stesen berbahasa Melayu tidak mampu menyaingi kekuatan stesen berbahasa Tamil dan Mandarin.

Untuk Kategori DJ Radio Terbaik tidak ada langsung pencalonan daripada stesen-stesen yang selama ini dilihat mempunyai ramai DJ berkaliber. Apakah ini satu petanda bahawa mutu penyampaian DJ-DJ berkenaan telah merosot atau dunia penyiaran radio sudah mengalami anjakan paradigma khasnya dalam aspek penyampaian di Bilik Hubungan (Conty)?

Begitu juga untuk kategori Buletin Radio Terbaik, kemenangan Minnal FM harus membuka mata para penerbit berita di stesen berbahasa Melayu bahawa ada banyak aspek yang harus difikirkan apabila menerbitkan sebuah rancangan berita untuk radio. Selain penyampaian, pemilihan berita dan gaya penulisan juga harus menjadi fokus utama.

Kemenangan stesen yang berorientasikan hiburan, Hot FM, dalam kategori Liputan Berita Radio Terbaik dan Pengulas Radio Terbaik turut membawa mesej jelas bahawa dunia sekarang dimiliki oleh orang muda yang mahukan corak laporan yang menepati cita rasa mereka.

Kemenangan THR FM dalam kategori Rancangan Hiburan Radio Terbaik juga membuktikan bahawa dalam usaha menampilkan yang terbaik, pengalaman sahaja tidak mencukupi. Ia harus disertai dengan idea dan tahap kreativiti yang paling tinggi.

Dalam kesempatan dan ruang ini, ingin juga saya cadangkan beberapa penambaikan sekiranya anugerah ini diadakan lagi.

Antaranya:

1. Jika ada anugerah DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, kenapa tidak diwujudkan dua anugerah berasingan untuk Penyampai Berita Radio Terbaik iaitu satu untuk Lelaki dan satu lagi untuk Wanita?

2. Ada juga yang mencadangkan anugerah berasingan mengikut bahasa untuk beberapa kategori seperti DJ Terbaik dan Penyampai Berita. Cadangan ini tidak bermaksud untuk menentang gagasan 1Malaysia. Ia sekadar memberi peluang kepada lebih ramai karyawan untuk memenangi anugerah. Kemudian barulah mereka diadili untuk anugerah keseluruhan iaitu DJ Terbaik atau Penyampai Berita Terbaik. Cadangan ini boleh juga dilaksanakan untuk kategori TV.

3. Perlu juga diwujudkan Anugerah Rancangan Sukan Radio Terbaik dan Pengulas Sukan Radio Terbaik. Walaupun ada anugerah Pengulas Radio Terbaik, ia agak umum walaupun pemenangnya adalah untuk Laporan F1 2010. Anugerah khas untuk rancangan sukan radio ini amat perlu bagi mengembalikan kegemilangan radio sebagai medium untuk menyebarkan segala genre rancangan. Saya pasti ramai masih ingat kejaguhan pengulas sukan radio seperti Bahrin Tahir, Zulkarnain Hassan, Ismail Long, Datuk Rahim Razali, Datuk Hasbullah Awang, Hasbullah Hashim dan Jahaya Mahmud (sekadar menyebut beberapa nama).

Berikut ialah senarai pencalonan akhir ASA 2010 yang menampilkan penyertaan Bernama Radio24.

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik
1. Amran Tut – Sarawak FM (RTM)
2. Chong Keat Aun – AI FM (RTM)
3. Azlan Idris – Bernama Radio 24

Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik
1. NKRA – Indeks Jenayah Jalanan – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
2. Laporan Langsung Siapa Menteri Besar Perak – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
3. Laporan F1 2010 – Nurjamalina Jamali (Hot FM)
4. Cr Hari Ibu – Zarith Sofia Hatun Bt Abdul Rahman Khan (Berita Radio RTM)
5. Transformasi Setahun PM – Siti Hanom Hamdan (Berita Radio RTM)

Anugerah Buletin Radio Terbaik
1. Wong Chew Yat (988 FM)
2. Endok Baleana Bachok (Bernama Radio 24)
3. Mohd Fauzee Jaffar (Klasik Nasional)
4. A. Vasanmuthaliar A/L Arumugam (Minnal FM)
5. Reagan A/L Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik
1. Berita Nasional – Mahendran A/L Veluplay (Minnal FM RTM)
2. Buletin 24 – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24) - MENANG
3. Berita Kedah FM – Rozainida Binti Zainul (Kedah FM RTM)
4. Buletin 24 – Zulkifli Bujang (Bernama Radio 24)
5. Berita Radio Bahasa Inggeris – Priscilla Ann Yap (Traxx FM RTM)

Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik
1. ICT dan Anda – Irma Marina (Bernama Radio 24)
2. Minnalin Tamilosai – Pon Kogilam (Minnal FM)
3. Ceria Pagi – Nazim (Suria FM)
4. Suria Cinta – DJ Lin (Suria FM)
5. Kopi Panas – Norlela Mohd Zin & Mohd Saharani Muhamad (Negeri FM)

Anugerah Bicarawara Radio Terbaik
1. Konsumer Bersama PPIM Halal Beli – Nazira Noran (Bernama Radio 24)
2. Kerusi Panas – Syeliza Basri (Bernama Radio 24) - MENANG
3. Traxx 101 – Rohani Harithuddin (Traxx FM RTM)
4. Suri – Puteri Nurzaitul Shima Hassan (Bernama Radio 24)

Anugerah Drama Radio Terbaik
1. Tasik – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
2. Pencarian Nyonya Cantek – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
3. Sayang Masih Belum Terlambat – Fauziah Mohd Sidek (Klasik Nasional)
4. Annei Nijem – Sunderam D/O Manikam (Minnal FM)
5. Embun Hibiscus – Nizuan Hanafi (Bernama Radio 24)

Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik
1. Sheikh Raffie Rahman – Embun Hibiscus (Episod 65) (Bernama Radio 24)
2. Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
3. Mohd Fauzi Nawawi – Tasik (Klasik Nasional)
4. The Kee Guan – I Love Alam Semulajadi (988 FM)
5. Vairaccanu A/L Chatiah – Hunt (Minnal FM)

Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik
1. Wan Syarina Wan Abdul Rahman – Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
2. Balamanni A/P Iyadillai – Annei Nijem (Minnal FM)
3. Eliza Abdul Razak – Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)
4. Ng Lih Jinn – Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
5. Kartina Aziz – Tasik (Klasik Nasional)

Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik
1. Irama Cinta – Choo Seau Wei (AI FM)
2. Embun Hibiscus – Ahmad Zaini Ahmad Norbi (Bernama Radio 24) - MENANG
3. Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2010 – RTM Pulau Pinang (Mutiara FM)

BERIKUT PULA ADALAH SENARAI PENUH PEMENANG ASA 2010 UNTUK KATEGORI RADIO.

  • Pengulas Radio Terbaik - Nurjamalina Jamali (Hot FM)
  • Liputan Berita Radio Terbaik - Laporan F1 2010 (Hot FM)
  • Buletin Radio Terbaik - Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)
  • Majalah Radio Terbaik - Feminin (Suara Malaysia RTM)
  • Rancangan Interaktif Radio Terbaik - Suara Cinta (Suria FM)
  • Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)
  • Rancangan Hiburan Radio Terbaik - Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)
  • Bicarawara Radio Terbaik - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)
  • Skrip Drama Radio Terbaik – A. Wahid Nasir - Elliza Abdul Razak (Klasik Nasional)
  • Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik - Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Klasik Nasional)
  • Kapsul Radio Terbaik - Kempen Kebersihan, Pelancongan dan Keselamatan (Negeri FM)
  • Pengimbang Muzik Radio Terbaik - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
  • Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik - Roslinda Binti Abdul Majid – Suria FM
  • Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik - Bernama Radio – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24)
  • Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik - Chong Keat Aun – AI FM (RTM)

Berikut pula ialah analisis pencalonan akhir stesen-stesen yang menyertai ASA 2010:

Klasik Nasional: Pencalonan – 13 / Menang – 4

Berita Radio RTM: Pencalonan – 2 / Menang - 0

Minnal FM: Pencalonan – 7/ Menang -1

AI FM: Pencalonan – 2 / Menang – 1

Suara Malaysia RTM: Pencalonan – 1 / Menang – 1

Negeri FM: Pencalonan – 4 / Menang – 1

Mutiara FM: Pencalonan – 1 / Menang - 0

KL FM: Pencalonan – 1 / Menng - 0

Perak FM: Pencalonan – 1 / Menang - 0

Muzik FM : Pencalonan -1 / Menang - 0

Terengganu FM: Pencalonan – 2 / Menang - 0

Traxx FM: Pencalonan – 3 / Menang – 0

Kedah FM : Pencalonan – 1 / Menang - 0

Bernama Radio 24: Pencalonan – 14 / Menang - 3

Suria FM: Pencalonan – 3 / Menang - 2

Hot FM: Pencalonan – 2 / Menang – 2

THR FM: Pencalonan – 2 / Menang – 1

Era FM: Pencalonan – 3 /Menang - 0

Star FM: Pencalonan – 1 / Menang - 0

No comments: