Sunday, February 20, 2011

ANALISIS KEPUTUSAN ANUGERAH SERI ANGKASA 2010 – KATEGORI RADIO

Akhirnya debaran para karyawan penyiaran terjawab apabila senarai penuh keputusan diumumkan pada Malam Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) yang disiarkan serentak secara langsung oleh tiga organisasi penyiaran utama iaitu RTM, Media Prima dan Astro.

Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai keputusan yang dibuat oleh panel juri ataupun bunyi pahat yang banyak kedengaran sebaik sahaja acara tersebut selesai.

Amat menarik untuk melihat bagaimana Bernama Radio24 yang baharu memasuki usia empat tahun telah mampu meletakkan namanya setaraf dengan stesen penyiaran lain yang lebih tua.

Berbanding pesaing terdekat, Klasik Nasional dan Minnal FM, Bernama Radio 24 menunjukkan prestasi cemerlang apabila 14 penyertaannya berjaya disenaraikan sebagai pencalonan akhir dalam 10 kategori. Manakala Klasik Nasional, 13 pencalonan akhir dalam 7 kategori dan Minnal FM sebanyak 7 pencalonan dalam 6 kategori.

Dari segi jumlah kemenangan, Bernama Radio24 hanya kurang satu anugerah daripada Klasik Nasional. Klasik memenangi 4 anugerah manakala radio24 menang 3. Minnal pula hanya menang 1.

Kemenangan Ahmad Zaini Norbi dalam kategori Pengimbang Muzik Radio Terbaik amat manis kerana ia menewaskan stesen yang mempunyai peralatan audio yang lebih lengkap termasuk sebuah stesen yang mempertaruhkan sebuah rancangan hiburan terkemuka.

Kemenangan Zaini melalui novela radio ‘Embun Hibiscus’ turut membuka mata pendengar bahawa percubaan stesen ini untuk meneroka sesuatu yang baharu, akhirnya membuahkan hasil.

Malah drama tersebut turut dicalonkan sebagai Drama Terbaik manakala Sheikh Raffie Abd Rahman yang juga Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio24 bersaing dengan Datuk Ahmad Tamimi Siregar untuk kategori Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik selain Wan Syahrina sebagai calon akhir bagi kategori Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik.

Untuk kategori Bicarawara Radio Terbaik pula, 3 daripada 4 pencalonan akhir adalah dari Bernama Radio24 dan kemenangan melalui program ‘flagship'nya Kerusi Panas memang tidak boleh dipertikaikan.

Juga menarik untuk dilihat bagaimana dalam kategori yang sebelum ini diungguli oleh stesen berbahasa Melayu tidak mampu menyaingi kekuatan stesen berbahasa Tamil dan Mandarin.

Untuk Kategori DJ Radio Terbaik tidak ada langsung pencalonan daripada stesen-stesen yang selama ini dilihat mempunyai ramai DJ berkaliber. Apakah ini satu petanda bahawa mutu penyampaian DJ-DJ berkenaan telah merosot atau dunia penyiaran radio sudah mengalami anjakan paradigma khasnya dalam aspek penyampaian di Bilik Hubungan (Conty)?

Begitu juga untuk kategori Buletin Radio Terbaik, kemenangan Minnal FM harus membuka mata para penerbit berita di stesen berbahasa Melayu bahawa ada banyak aspek yang harus difikirkan apabila menerbitkan sebuah rancangan berita untuk radio. Selain penyampaian, pemilihan berita dan gaya penulisan juga harus menjadi fokus utama.

Kemenangan stesen yang berorientasikan hiburan, Hot FM, dalam kategori Liputan Berita Radio Terbaik dan Pengulas Radio Terbaik turut membawa mesej jelas bahawa dunia sekarang dimiliki oleh orang muda yang mahukan corak laporan yang menepati cita rasa mereka.

Kemenangan THR FM dalam kategori Rancangan Hiburan Radio Terbaik juga membuktikan bahawa dalam usaha menampilkan yang terbaik, pengalaman sahaja tidak mencukupi. Ia harus disertai dengan idea dan tahap kreativiti yang paling tinggi.

Dalam kesempatan dan ruang ini, ingin juga saya cadangkan beberapa penambaikan sekiranya anugerah ini diadakan lagi.

Antaranya:

1. Jika ada anugerah DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, kenapa tidak diwujudkan dua anugerah berasingan untuk Penyampai Berita Radio Terbaik iaitu satu untuk Lelaki dan satu lagi untuk Wanita?

2. Ada juga yang mencadangkan anugerah berasingan mengikut bahasa untuk beberapa kategori seperti DJ Terbaik dan Penyampai Berita. Cadangan ini tidak bermaksud untuk menentang gagasan 1Malaysia. Ia sekadar memberi peluang kepada lebih ramai karyawan untuk memenangi anugerah. Kemudian barulah mereka diadili untuk anugerah keseluruhan iaitu DJ Terbaik atau Penyampai Berita Terbaik. Cadangan ini boleh juga dilaksanakan untuk kategori TV.

3. Perlu juga diwujudkan Anugerah Rancangan Sukan Radio Terbaik dan Pengulas Sukan Radio Terbaik. Walaupun ada anugerah Pengulas Radio Terbaik, ia agak umum walaupun pemenangnya adalah untuk Laporan F1 2010. Anugerah khas untuk rancangan sukan radio ini amat perlu bagi mengembalikan kegemilangan radio sebagai medium untuk menyebarkan segala genre rancangan. Saya pasti ramai masih ingat kejaguhan pengulas sukan radio seperti Bahrin Tahir, Zulkarnain Hassan, Ismail Long, Datuk Rahim Razali, Datuk Hasbullah Awang, Hasbullah Hashim dan Jahaya Mahmud (sekadar menyebut beberapa nama).

Berikut ialah senarai pencalonan akhir ASA 2010 yang menampilkan penyertaan Bernama Radio24.

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik
1. Amran Tut – Sarawak FM (RTM)
2. Chong Keat Aun – AI FM (RTM)
3. Azlan Idris – Bernama Radio 24

Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik
1. NKRA – Indeks Jenayah Jalanan – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
2. Laporan Langsung Siapa Menteri Besar Perak – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
3. Laporan F1 2010 – Nurjamalina Jamali (Hot FM)
4. Cr Hari Ibu – Zarith Sofia Hatun Bt Abdul Rahman Khan (Berita Radio RTM)
5. Transformasi Setahun PM – Siti Hanom Hamdan (Berita Radio RTM)

Anugerah Buletin Radio Terbaik
1. Wong Chew Yat (988 FM)
2. Endok Baleana Bachok (Bernama Radio 24)
3. Mohd Fauzee Jaffar (Klasik Nasional)
4. A. Vasanmuthaliar A/L Arumugam (Minnal FM)
5. Reagan A/L Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik
1. Berita Nasional – Mahendran A/L Veluplay (Minnal FM RTM)
2. Buletin 24 – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24) - MENANG
3. Berita Kedah FM – Rozainida Binti Zainul (Kedah FM RTM)
4. Buletin 24 – Zulkifli Bujang (Bernama Radio 24)
5. Berita Radio Bahasa Inggeris – Priscilla Ann Yap (Traxx FM RTM)

Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik
1. ICT dan Anda – Irma Marina (Bernama Radio 24)
2. Minnalin Tamilosai – Pon Kogilam (Minnal FM)
3. Ceria Pagi – Nazim (Suria FM)
4. Suria Cinta – DJ Lin (Suria FM)
5. Kopi Panas – Norlela Mohd Zin & Mohd Saharani Muhamad (Negeri FM)

Anugerah Bicarawara Radio Terbaik
1. Konsumer Bersama PPIM Halal Beli – Nazira Noran (Bernama Radio 24)
2. Kerusi Panas – Syeliza Basri (Bernama Radio 24) - MENANG
3. Traxx 101 – Rohani Harithuddin (Traxx FM RTM)
4. Suri – Puteri Nurzaitul Shima Hassan (Bernama Radio 24)

Anugerah Drama Radio Terbaik
1. Tasik – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
2. Pencarian Nyonya Cantek – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
3. Sayang Masih Belum Terlambat – Fauziah Mohd Sidek (Klasik Nasional)
4. Annei Nijem – Sunderam D/O Manikam (Minnal FM)
5. Embun Hibiscus – Nizuan Hanafi (Bernama Radio 24)

Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik
1. Sheikh Raffie Rahman – Embun Hibiscus (Episod 65) (Bernama Radio 24)
2. Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
3. Mohd Fauzi Nawawi – Tasik (Klasik Nasional)
4. The Kee Guan – I Love Alam Semulajadi (988 FM)
5. Vairaccanu A/L Chatiah – Hunt (Minnal FM)

Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik
1. Wan Syarina Wan Abdul Rahman – Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
2. Balamanni A/P Iyadillai – Annei Nijem (Minnal FM)
3. Eliza Abdul Razak – Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)
4. Ng Lih Jinn – Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
5. Kartina Aziz – Tasik (Klasik Nasional)

Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik
1. Irama Cinta – Choo Seau Wei (AI FM)
2. Embun Hibiscus – Ahmad Zaini Ahmad Norbi (Bernama Radio 24) - MENANG
3. Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2010 – RTM Pulau Pinang (Mutiara FM)

BERIKUT PULA ADALAH SENARAI PENUH PEMENANG ASA 2010 UNTUK KATEGORI RADIO.

  • Pengulas Radio Terbaik - Nurjamalina Jamali (Hot FM)
  • Liputan Berita Radio Terbaik - Laporan F1 2010 (Hot FM)
  • Buletin Radio Terbaik - Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)
  • Majalah Radio Terbaik - Feminin (Suara Malaysia RTM)
  • Rancangan Interaktif Radio Terbaik - Suara Cinta (Suria FM)
  • Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)
  • Rancangan Hiburan Radio Terbaik - Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)
  • Bicarawara Radio Terbaik - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)
  • Skrip Drama Radio Terbaik – A. Wahid Nasir - Elliza Abdul Razak (Klasik Nasional)
  • Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik - Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Klasik Nasional)
  • Kapsul Radio Terbaik - Kempen Kebersihan, Pelancongan dan Keselamatan (Negeri FM)
  • Pengimbang Muzik Radio Terbaik - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
  • Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik - Roslinda Binti Abdul Majid – Suria FM
  • Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik - Bernama Radio – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24)
  • Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik - Chong Keat Aun – AI FM (RTM)

Berikut pula ialah analisis pencalonan akhir stesen-stesen yang menyertai ASA 2010:

Klasik Nasional: Pencalonan – 13 / Menang – 4

Berita Radio RTM: Pencalonan – 2 / Menang - 0

Minnal FM: Pencalonan – 7/ Menang -1

AI FM: Pencalonan – 2 / Menang – 1

Suara Malaysia RTM: Pencalonan – 1 / Menang – 1

Negeri FM: Pencalonan – 4 / Menang – 1

Mutiara FM: Pencalonan – 1 / Menang - 0

KL FM: Pencalonan – 1 / Menng - 0

Perak FM: Pencalonan – 1 / Menang - 0

Muzik FM : Pencalonan -1 / Menang - 0

Terengganu FM: Pencalonan – 2 / Menang - 0

Traxx FM: Pencalonan – 3 / Menang – 0

Kedah FM : Pencalonan – 1 / Menang - 0

Bernama Radio 24: Pencalonan – 14 / Menang - 3

Suria FM: Pencalonan – 3 / Menang - 2

Hot FM: Pencalonan – 2 / Menang – 2

THR FM: Pencalonan – 2 / Menang – 1

Era FM: Pencalonan – 3 /Menang - 0

Star FM: Pencalonan – 1 / Menang - 0

Saturday, February 19, 2011

RTM Ungguli Malam Pertama Anugerah ASA 2010


KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus mengungguli pelbagai kategori anugerah rancangan radio dan televisyen di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat malam.

Bagi anugerah kategori radio, drama Radio Tasik (Klasik Nasional) karya Zuraidah Mohd Noh merangkul dua anugerah utama iaitu Drama Radio dan Skrip Drama Radio Terbaik.


Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik dimenangi Datuk Ahmad Tamimi Siregar menerusi drama Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional) manakala Elliza Abdul Razak memenangi pelakon drama radio wanita terbaik menerusi drama Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional).


Bernama Radio 24 pula merangkul Anugerah Bicarawara Radio Terbaik menerusi program 'Kerusi Panas' yang dikendalikan oleh Azlan Idris dan diterbitkan oleh Syeliza Basri manakala Ahmad Zaini Norbi memenangi Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik menerusi drama radio Embun Hibiscus.


Sebanyak 31 anugerah bagi program terbitan radio dan televisyen dipertanding bagi malam pertama ASA 2010 bertema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia yang bertujuan menggalakkan persaingan sihat di kalangan penyiar bagi menghasilkan karya-karya bermutu dan kreatif untuk para pendengar dan penonton.


ASA 2010 dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Media Prima, RTM dan ASTRO, selepas diadakan pada 2006.


Majlis itu dihadiri kedua-dua timbalan menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Kamarudin Siaraf serta Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahya.


Senarai Pemenang Anugerah:


Kategori Program Televisyen
:

Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik
:

Hanis Kamal (Denai Berbisik) Astro Prima


Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Perempuan Terbaik
:

Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat) TV3


Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Drama TV Terbaik
:

Eyra Hazali (Astro Prima)


Anugerah Bicarawara TV Terbaik
:

Isu Khas Gaza - Khadijah Abd Ghafur (RTM1)


Anugerah Animasi Tempatan TV Terbaik
:

Abus - Raja Norazlina (RTM1)


Anugerah Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
:

Tom Tom Bak Musim 4 (Astro Ceria)


Anugerah Liputan Berita TV Terbaik
:

Ashwad Ismail Catatan Saksi Mavi Marmara (TV9)


Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik
:

Amin Hayat( TV9)


Anugerah Wartawan TV Terbaik
:

Hanim Muhili (RTM1)


Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik
:

Anuar Ahmad - Songkok (RTM2)


Anugerah Jurukamera TV Terbaik (Penerbita Kamera Tunggal)
:

RTM 2


Kategori Program Radio:


Anugerah Pengulas Radio Terbaik
:

Nur Jamalina Jamali- Laporan F1 2010 (Hot FM)


Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik
:

Nur Jamalina Jamali - Laporan F1 2010 (Hot FM)


Anugerah Majalah Radio Terbaik
:

Feminin (RTM)


Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik
:

Suria Cinta (Suria FM)


Anugerah Rancangan Hiburan Radio Terbaik
:

Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)


Anugerah Bicarawara Radio Terbaik
:

Kerusi Panas- Syeliza Basri Radio (Bernama 24)


Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik
:

Tasik- A Wahid Nasir (Klasik Nasional)


Anugerah Kapsul (Jingle/Teaser/Sketsa/Promo) Radio Terbaik
:

Adam Tahir (Negeri FM)


-- BERNAMA

We Won!


Bernama Radio24 won two awards tonight. One for Program Bicarawara Radio Terbaik (Kerusi Panas) and Pengimbang Muzik Radio Terbaik. Congratulations Producer Syeliza and Audio Technician Ahmad Zaini.
Tomorrow we hope to win at least one more award from either Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik (Azlan Idris) and Penyampai Berita Radio Terbaik (Wan Syahrina and Zulkifli Bujang). Looking at the contenders, I think Wan Syahrina stands a better chance of winning.


Friday, February 18, 2011

ANUGERAH SERI ANGKASA 2010


Setelah menyepi selama empat tahun, malam ini dan esok akan berlangsung kembali Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya, ia akan disiarkan serentak secara langsung pada pukul 8.30 malam esok di TV1, TV9 dan Astro Prima, satu sejarah dalam rangka kerjasama tiga organisasi penyiaran utama di negara kita. Walau bagaimanapun, pada malam ini, sebahagian anugerah untuk beberapa kategori akan disampaikan dan dirakam untuk siaran tertunda esok.

Untuk makluman, kali terakhir Anugerah Seri Angkasa diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 10 Mac 2006.

Saya tidak ingin mengulas keseluruhan penyertaan kerana ia telah disentuh oleh banyak blog lain sebelum ini. Dalam ruangan dan kesempatan ini, saya ingin membawa perhatian pembaca kepada kemunculan pemain baharu dalam industri penyiaran tanah air khasnya penyiaran radio iaitu Bernama Radio24. Walaupun baharu empat tahun beroperasi dan pertama kali menyertai ASA, ia telah memenangi fasa pertama apabila berjaya menambat hati juri untuk meletakkan 14 produknya dalam senarai pencalonan akhir 10 kategori seperti di bawah. Izinkan saya juga mencatatkan harapan saya kepada setiap pencalonan dengan meletakkan angka peratusan untuk menang. Angka tersebut dicapai bukan kerana saya sebahagian daripada anggota keluarga besar Bernama Radio24 tetapi ia berdasarkan kepada tahap saingan yang dijangkakan berasaskan kepada kekuatan pesaing yang kebanyakannya saya kenali. Saya tidak akan meramal siapa pemenangnya kerana meramal adalah amalan syirik.

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik
1. Amran Tut – Sarawak FM (RTM)
2. Chong Keat Aun – AI FM (RTM)
3. Azlan Idris – Bernama Radio 24
Harapan: 75%

Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik
1. NKRA – Indeks Jenayah Jalanan – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
2. Laporan Langsung Siapa Menteri Besar Perak – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
3. Laporan F1 2010 – Nurjamalina Jamali (Hot FM)
4. Cr Hari Ibu – Zarith Sofia Hatun Bt Abdul Rahman Khan (Berita Radio RTM)
5. Transformasi Setahun PM – Siti Hanom Hamdan (Berita Radio RTM)
Harapan: 85%

Anugerah Buletin Radio Terbaik
1. Wong Chew Yat (988 FM)
2. Endok Baleana Bachok (Bernama Radio 24)
3. Mohd Fauzee Jaffar (Klasik Nasional)
4. A. Vasanmuthaliar A/L Arumugam (Minnal FM)
5. Reagan A/L Muniandi @ Premanant (Minnal FM)
Harapan: 70%

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik
1. Berita Nasional – Mahendran A/L Veluplay (Minnal FM RTM)
2. Buletin 24 – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24)
3. Berita Kedah FM – Rozainida Binti Zainul (Kedah FM RTM)
4. Buletin 24 – Zulkifli Bujang (Bernama Radio 24)
5. Berita Radio Bahasa Inggeris – Priscilla Ann Yap (Traxx FM RTM)
Harapan: 85%

Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik
1. ICT dan Anda – Irma Marina (Bernama Radio 24)
2. Minnalin Tamilosai – Pon Kogilam (Minnal FM)
3. Ceria Pagi – Nazim (Suria FM)
4. Suria Cinta – DJ Lin (Suria FM)
5. Kopi Panas – Norlela Mohd Zin & Mohd Saharani Muhamad (Negeri FM)
Harapan: 70%

Anugerah Bicarawara Radio Terbaik
1. Konsumer Bersama PPIM Halal Beli – Nazira Noran (Bernama Radio 24)
2. Kerusi Panas – Syeliza Basri (Bernama Radio 24)
3. Traxx 101 – Rohani Harithuddin (Traxx FM RTM)
4. Suri – Puteri Nurzaitul Shima Hassan (Bernama Radio 24)
Harapan: 95%

Anugerah Drama Radio Terbaik
1. Tasik – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
2. Pencarian Nyonya Cantek – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
3. Sayang Masih Belum Terlambat – Fauziah Mohd Sidek (Klasik Nasional)
4. Annei Nijem – Sunderam D/O Manikam (Minnal FM)
5. Embun Hibiscus – Nizuan Hanafi (Bernama Radio 24)
Harapan: 70%

Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik
1. Sheikh Raffie Rahman – Embun Hibiscus (Episod 65) (Bernama Radio 24)
2. Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
3. Mohd Fauzi Nawawi – Tasik (Klasik Nasional)
4. The Kee Guan – I Love Alam Semulajadi (988 FM)
5. Vairaccanu A/L Chatiah – Hunt (Minnal FM)
Harapan: 70%

Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik
1. Wan Syarina Wan Abdul Rahman – Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
2. Balamanni A/P Iyadillai – Annei Nijem (Minnal FM)
3. Eliza Abdul Razak – Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)
4. Ng Lih Jinn – Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
5. Kartina Aziz – Tasik (Klasik Nasional)
Harapan: 70%

Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik
1. Irama Cinta – Choo Seau Wei (AI FM)
2. Embun Hibiscus – Ahmad Zaini Ahmad Norbi (Bernama Radio 24)
3. Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2010 – RTM Pulau Pinang (Mutiara FM)
Harapan: 70%

Jangkaan saya (bukan ramalan): 2 kategori susah untuk menang namun tidak mustahil untuk buat kejutan. Amat yakin akan menang 3 kategori. Baki 5 kategori lagi, 50-50

Wednesday, February 16, 2011

PETA TAWAR GANJARAN RM6,000

(Saya terima kenyataan akhbar ini dari PETA Asia di Hong Kong dan disiarkan sepenuhnya)

Pertubuhan Perlu Bantuan Untuk Tahan Lelaki Yang Dera Sushi

Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) Asia menawarkan ganjaran sejumlah RM6,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai identiti lelaki yang mendera seekor anjing poodle bernama Sushi dalam sebuah video yang telah tersebar di Internet baru-baru ini. Lelaki yang dirakam itu dipercayai warganegara Malaysia, memukul dan menggoyang Sushi tidak berhenti-henti. Lelaki itu bertindak kejam menumbuk, menendang dan membaling anjing tersebut untuk memaksa ia belajar berdiri. Walaupun PETA telah menghantar banyak maklumat mengenai kes itu kepada Polis Diraja Malaysia, Pengarah Jabatan Siasat Jenayah berkata mereka tidak dapat memastikan identiti lelaki dalam video tersebut. Siasatan jenayah tidak dapat dijalankan sekiranya mereka tidak ada maklumat jenayah atau tip-off daripada anggota masyarakat. Tidak ada sesiapa pun yang tahu di mana Sushi berada sekarang.

Agnes Tam, pegawai PETA Asia berkata, “Orang yang mendera binatang boleh diibaratkan sebagai pengecut. Mereka melepaskan perasaan ketidakpuasan hati mereka terhadap haiwan-haiwan yang tidak mempunyai kuasa untuk melindungi diri sendiri”.

Menurut agensi penguatkuasaan undang-undang dan pakar kesihatan mental, penjenayah yang mendera binatang biasanya akan mengulangi perbuatan dan ini akan mendatangkan bahaya kepada semua haiwan dan manusia.

Di bawah seksyen 44 Akta Binatang 1953 Malaysia, lelaki dalam video tersebut boleh didenda sehingga RM50, 000 atau hukuman enam bulan penjara jika sabit kesalahan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Bukit Aman di talian 03 – 2266 2222.

Untuk maklumat lanjut, sila layari PETAAsiaPacific.com.

Atau hubungi:

Agnes Tam +852 6206 8984 AgnesT@PETAAsiaPacific.com

Jason Baker +852 6200 7588 JasonB@PETAAsiaPacific.com

Tuesday, February 15, 2011

Name Your Favourites



2011 Academy Awards Nomination

Awards Night 27 Feb 2011

Best Picture: "Black Swan," "The Fighter," "Inception," "The Kids Are All Right," "The King's Speech," "127 Hours," "The Social Network," "Toy Story 3," "True Grit," "Winter's Bone"

Best Actress: Annette Bening, "The Kids Are All Right"; Nicole Kidman, "Rabbit Hole"; Jennifer Lawrence, "Winter's Bone"; Natalie Portman, "Black Swan"; Michelle Williams, "Blue Valentine"

Best Actor: Javier Bardem, "Biutiful"; Jeff Bridges, "True Grit"; Jesse Eisenberg, "The Social Network"; Colin Firth, "The King's Speech"; James Franco, "127 Hours"

Best Supporting Actress: Amy Adams, "The Fighter"; Helena Bonham Carter, "The King's Speech"; Melissa Leo, "The Fighter"; Hailee Steinfeld, "True Grit"; Jacki Weaver, "Animal Kingdom"

Best Supporting Actor: Christian Bale, "The Fighter"; John Hawkes, "Winter's Bone"; Jeremy Renner, "The Town"; Mark Ruffalo, "The Kids Are All Right"; Geoffrey Rush, "The King's Speech"

Best Director: Darren Aronofsky, "Black Swan"; David O. Russell, "The Fighter"; Tom Hooper, "The King's Speech"; David Fincher, "The Social Network"; Ethan Coen and Joel Coen, "True Grit"

Best Animated Feature: "How to Train Your Dragon," "The Illusionist," "Toy Story 3"

Bing: Which films have won the most Oscars?

Best Screenplay: "Another Year," "The Fighter," "Inception," "The Kids Are All Right," "The King's Speech"

Best Adapted Screenplay: "127 Hours," "The Social Network," "Toy Story 3," "True Grit," "Winter's Bone"

Best Foreign Film: "Biutiful," "Dogtooth," "In a Better World," "Incendies," "Outside the Law"

Art Direction: "Alice in Wonderland," Robert Stromberg (Production Design), Karen O'Hara (Set Decoration); "Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 1," Stuart Craig (Production Design), Stephenie McMillan (Set Decoration); "Inception," Guy Hendrix Dyas (Production Design), Larry Dias and Doug Mowat (Set Decoration); "The King's Speech," Eve Stewart (Production Design), Judy Farr (Set Decoration); "True Grit," Jess Gonchor (Production Design), Nancy Haigh (Set Decoration)

Achievement in Cinematography: "Black Swan," Matthew Libatique; "Inception," Wally Pfister; "The King's Speech," Danny Cohen; "The Social Network," Jeff Cronenweth; "True Grit," Roger Deakins

Achievement in Costume Design: "Alice in Wonderland," Colleen Atwood; "I Am Love," Antonella Cannarozzi; "The King's Speech," Jenny Beavan; "The Tempest," Sandy Powell; "True Grit," Mary Zophres

Bing: Worst Oscar Snubs

Best Documentary Feature: "Exit Through the Gift Shop," "Gasland," "Inside Job," "Restrepo," "Waste Land"

Best Documentary Short Subject: "Killing in the Name," "Poster Girl," "Strangers No More," "Sun Come Up," "The Warriors of Quigang"

Achievement in Film Editing: "Black Swan," Andrew Weisblum; "The Fighter," Pamela Martin; "The King's Speech," Tariq Anwar; "127 Hours," Jon Harris; "The Social Network," Angus Wall and Kirk Baxter

Achievement in Music Written for Motion Picture (Original Score): "How to Train Your Dragon," John Powell; "Inception," Hans Zimmer; "The King's Speech," Alexandre Desplat; "127 Hours," A. R. Rahman; "The Social Network," Trent Reznor and Atticus Ross

Achievement in Music Written for Motion Picture (Original Song): "Coming Home" from "Country Strong;" "I See the Light" from "Tangled;" "If I Rise" from "127 Hours;" "We Belong Together" from "Toy Story 3"

Best Animated Short Film: "Day and Night," Teddy Newton; "The Gruffalo," Jakob Schuh and Max Lang; "Let's Pollute," Feefwee Boedoe; "The Lost Thing," Shaun Tan and Andrwe Ruhemann; "Madagascar, A Journey Diary," Bastien Dubois

Best Live Action Short: "The Confession," Tanel Toom; "The Crush," Michael Creagh; "God of Love," Luke Matheny; "Na Wewe," Ivan Goldschmidt; "Wish 143," Ian Barnes and Samantha Waite

Achievement in Sound Editing: "Inception," Richard King; "Toy Story 3," Tom Myers and Michael Silvers; "Tron: Legacy" Gwendolyn Yates Whittle and Addison Teague; "True Grit," Skip Lievsay and Craig Berkey; "Unstoppable," Mark P. Stoeckinger

Achievement in Sound Mixing: "Inception," Lora Hirschberg, Gary A. Rizzo and Ed Novick; "The King's Speech," Paul Hamblin, Martin Jensen and John Midgley; "Salt," Jeffrey J. Haboush, Greg P. Russell, Scott Millan and William Sarokin; "The Social Network," Ren Klyce, David Parker, Michael Semanick and Mark Weingarten; "True Grit," Skip Lievsay, Craig Berkey, Greg Orloff and Peter F. Kurland

Achievement in Visual Effects: "Alice in Wonderland," Ken Ralston, David Schaub, Carey Villegas and Sean Phillips; "Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 1," Tim Burke, John Richardson, Christian Manz and Nicolas Aithadi; "Hereafter," Michael Owens, Bryan Grill, Stephan Trojanski and Joe Farrell; "Inception," Paul Franklin, Chris Corbould, Andrew Lockley and Peter Bebb; "Iron Man 2," Janek Sirrs, Ben Snow, Ged Wright and Daniel Sudick

EPISOD IKLAN AIDILFITRI TV3: PERLU PERKEMAS GARIS PANDUAN SEDIA ADA.

Isu pelanggaran etika periklanan sudah kerap  berlaku dan diperkatakan.  
Tetapi apabila ia dilakukan oleh TV3, stesen televisyen swasta terbesar
di negara ini dan disiarkan pula pada bulan Ramadan tahun lalu, ia
sudah pasti mengundang pelbagai persoalan.
Rata-rata pandangan umum ekoran penyiaran iklan tersebut merumuskan
Malaysia tidak mempunyai kod atau etika periklanan yang boleh
dijadikan panduan dalam melaksanakan penerbitan iklan untuk media
elektronik.
Gesaan agar dirangka satu garis panduan periklanan bagi mengelakkan
isu iklan Aidilfitri TV3 itu berulang seolah-olah menunjukkan
industri periklanan di negara ini berjalan tanpa
kawalan.
Pandangan ini sudah pasti tidak dapat diterima memandangkan industri 
periklanan sudah mula bertapak di negara ini sejak awal abad ke-19
dengan kemunculan akhbar.
Apabila radio mula muncul pada tahun 1940-an diikuti oleh
televisyen pada 1963, industri tersebut mula berkembang
dan muncul sebagai salah satu penyumbang penting
ekonomi negara.
Menurut The Nielsen Company Malaysia,  perbelanjaan periklanan
(Adex) di Malaysia meningkat sebanyak 22 peratus atau RM1.62 bilion
dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu berbanding RM1.33 bilion
dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
Stesen  televisyen percuma mencatat pertumbuhan 35.7 peratus atau
RM585.6 juta manakala radio naik sebanyak 21.6 peratus atau RM84.5 juta.
Maka mustahillah tidak ada pengawalan rasmi dalam  industri yang sebesar
ini.
Secara umumnya industri periklanan melaksanakan kawalan kendiri melalui
persatuan-persatuan yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pemain
industri.
Persatuan paling besar ialah Persatuan Agen-Agen Pengiklanan Bertauliah
(4As) yang dianggotai oleh agensi-agensi periklanan tempatan dan antarabangsa.
Para pengiklan pula memiliki persatuan mereka sendiri yang dikenali sebagai
Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA).
Untuk mengawal amalan penerbitan iklan televisyen, para penerbit iklan
televisyen menubuhkan sebuah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan
Penerbit Filem Iklan Malaysia.
Sebagai panduan umum, kesemua persatuan terbabit berpegang kepada
Badan Piawai Pengiklanan Malaysia (ASAM) bagi memastikan hasil kerja
mereka tidak lari daripada garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Pada dasarnya ASAM menjadi pemantau kepada setiap hasil kerja periklanan
di Malaysia. ASAM turut membuka ruang kepada orang ramai untuk menghantar
aduan jika terdapat sebarang produk iklan yang didapati melanggar sensitiviti
kaum dan agama di Malaysia.
Dalam sektor media elektronik,  Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah lama
menggunakan Kod Pengiklanan untuk Televisyen dan Radio, di bawah Kementerian
Penerangan yang menggariskan panduan khusus penerbitan iklan di media berkenaan.
Sebelum televisyen diperkenalkan, Radio Malaya mula menggunakan Kod Kopi
(Copy Code) sejak 1962. Apabila Televisyen Malaysia diperkenalkan pada 1963,
satu garis panduan baharu dirangka. Pada tahun 1972, Kod Pengiklanan RTM
ditubuhkan dengan garis panduan yang lebih lengkap. Kod ini melalui beberapa
fasa perubahan sehingga akhirnya dikemaskinikan pada tahun 1990.
Apabila industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mula berkembang
pada tahun 90-an, kerajaan melihat perlunya pemantauan yang lebih luas dan
bersepadu terhadap industri komunikasi dan multimedia.
Dengan itu, satu akta baharu telah digubal bagi menggantikan Akta Telekomunikasi
1950 dan Akta Penyiaran 1988. Akta baharu ini yang dinamakan Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998 telah melahirkan satu kementerian baharu iaitu Kementerian
Tenaga, Komunikasi dan Multimedia yang kemudian diganti dengan Kementerian
Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia.
Dengan berkuatkuasanya akta baharu itu pada 1 April 1999, semua urusan
berkaitan stesen penyiaran swasta diletak di bawah bidang kuasa kementerian
baharu itu.
Walau bagaimanapun, pada 2008,  semuanya  kembali semula di  bawah
satu bumbung apabila kerajaan mencantumkan beberapa kementerian
menjadi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Yang menariknya ialah akta baharu ini turut membuka ruang kepada
semua pihak, daripada pemain industri, persatuan pengguna, golongan
profesional dan akademik serta orang awam untuk sama-sama terlibat
sebagai pemantau bagi mengawal kandungan penyiaran termasuk iklan
melalui Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia.
Maka jika  episod iklan TV3 tempoh hari dilihat sebagai sesuatu yang
berlaku kerana tidak ada pemantauan dan garis panduan khusus, eloklah
kita fikirkan kembali apakah kewajaran wujudnya pelbagai akta, kod etika
pengiklanan dan persatuan-persatuan industri yang seharusnya berfungsi
mengawal kandungan iklan di negara ini.
Dalam hal ini, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak
boleh dikesampingkan. Terutamanya dalam hal membabitkan keagamaan
seperti iklan Aidilfitri TV3 itu, ketelanjuran yang dilakukan pihak TV3
sudah pasti dapat dielakkan jika kepakaran Jakim dirujuk.
Pada Jun 2010, saya  berpeluang menghadiri Bengkel Fiqh Penyiaran anjuran
Jakim, TV Al-Hijrah dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang
menampilkan para pembentang kertas kerja daripada pelbagai bidang kepakaran.
Antara mereka ialah Mufti Pahang, Dato’ Haji Abdul Rahman Haji Osman dan
Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Profesor Dato’ Dr. Ismail Ibrahim.
Turut dibincangkan ialah bagaimana  produk iklan di media elektronik dapat
dikawal agar garis panduan yang ditetapkan kerajaan dalam pelbagai akta
dan kod periklanan dapat benar-benar dikuatkuasakan.
Sebagai kata penutup, saya ingin bertanya, ke manakah perginya rumusan
yang dihasilkan oleh bengkel berkenaan?