Powered By Blogger

Friday, February 18, 2011

ANUGERAH SERI ANGKASA 2010


Setelah menyepi selama empat tahun, malam ini dan esok akan berlangsung kembali Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya, ia akan disiarkan serentak secara langsung pada pukul 8.30 malam esok di TV1, TV9 dan Astro Prima, satu sejarah dalam rangka kerjasama tiga organisasi penyiaran utama di negara kita. Walau bagaimanapun, pada malam ini, sebahagian anugerah untuk beberapa kategori akan disampaikan dan dirakam untuk siaran tertunda esok.

Untuk makluman, kali terakhir Anugerah Seri Angkasa diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 10 Mac 2006.

Saya tidak ingin mengulas keseluruhan penyertaan kerana ia telah disentuh oleh banyak blog lain sebelum ini. Dalam ruangan dan kesempatan ini, saya ingin membawa perhatian pembaca kepada kemunculan pemain baharu dalam industri penyiaran tanah air khasnya penyiaran radio iaitu Bernama Radio24. Walaupun baharu empat tahun beroperasi dan pertama kali menyertai ASA, ia telah memenangi fasa pertama apabila berjaya menambat hati juri untuk meletakkan 14 produknya dalam senarai pencalonan akhir 10 kategori seperti di bawah. Izinkan saya juga mencatatkan harapan saya kepada setiap pencalonan dengan meletakkan angka peratusan untuk menang. Angka tersebut dicapai bukan kerana saya sebahagian daripada anggota keluarga besar Bernama Radio24 tetapi ia berdasarkan kepada tahap saingan yang dijangkakan berasaskan kepada kekuatan pesaing yang kebanyakannya saya kenali. Saya tidak akan meramal siapa pemenangnya kerana meramal adalah amalan syirik.

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik
1. Amran Tut – Sarawak FM (RTM)
2. Chong Keat Aun – AI FM (RTM)
3. Azlan Idris – Bernama Radio 24
Harapan: 75%

Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik
1. NKRA – Indeks Jenayah Jalanan – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
2. Laporan Langsung Siapa Menteri Besar Perak – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
3. Laporan F1 2010 – Nurjamalina Jamali (Hot FM)
4. Cr Hari Ibu – Zarith Sofia Hatun Bt Abdul Rahman Khan (Berita Radio RTM)
5. Transformasi Setahun PM – Siti Hanom Hamdan (Berita Radio RTM)
Harapan: 85%

Anugerah Buletin Radio Terbaik
1. Wong Chew Yat (988 FM)
2. Endok Baleana Bachok (Bernama Radio 24)
3. Mohd Fauzee Jaffar (Klasik Nasional)
4. A. Vasanmuthaliar A/L Arumugam (Minnal FM)
5. Reagan A/L Muniandi @ Premanant (Minnal FM)
Harapan: 70%

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik
1. Berita Nasional – Mahendran A/L Veluplay (Minnal FM RTM)
2. Buletin 24 – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24)
3. Berita Kedah FM – Rozainida Binti Zainul (Kedah FM RTM)
4. Buletin 24 – Zulkifli Bujang (Bernama Radio 24)
5. Berita Radio Bahasa Inggeris – Priscilla Ann Yap (Traxx FM RTM)
Harapan: 85%

Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik
1. ICT dan Anda – Irma Marina (Bernama Radio 24)
2. Minnalin Tamilosai – Pon Kogilam (Minnal FM)
3. Ceria Pagi – Nazim (Suria FM)
4. Suria Cinta – DJ Lin (Suria FM)
5. Kopi Panas – Norlela Mohd Zin & Mohd Saharani Muhamad (Negeri FM)
Harapan: 70%

Anugerah Bicarawara Radio Terbaik
1. Konsumer Bersama PPIM Halal Beli – Nazira Noran (Bernama Radio 24)
2. Kerusi Panas – Syeliza Basri (Bernama Radio 24)
3. Traxx 101 – Rohani Harithuddin (Traxx FM RTM)
4. Suri – Puteri Nurzaitul Shima Hassan (Bernama Radio 24)
Harapan: 95%

Anugerah Drama Radio Terbaik
1. Tasik – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
2. Pencarian Nyonya Cantek – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
3. Sayang Masih Belum Terlambat – Fauziah Mohd Sidek (Klasik Nasional)
4. Annei Nijem – Sunderam D/O Manikam (Minnal FM)
5. Embun Hibiscus – Nizuan Hanafi (Bernama Radio 24)
Harapan: 70%

Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik
1. Sheikh Raffie Rahman – Embun Hibiscus (Episod 65) (Bernama Radio 24)
2. Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
3. Mohd Fauzi Nawawi – Tasik (Klasik Nasional)
4. The Kee Guan – I Love Alam Semulajadi (988 FM)
5. Vairaccanu A/L Chatiah – Hunt (Minnal FM)
Harapan: 70%

Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik
1. Wan Syarina Wan Abdul Rahman – Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
2. Balamanni A/P Iyadillai – Annei Nijem (Minnal FM)
3. Eliza Abdul Razak – Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)
4. Ng Lih Jinn – Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
5. Kartina Aziz – Tasik (Klasik Nasional)
Harapan: 70%

Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik
1. Irama Cinta – Choo Seau Wei (AI FM)
2. Embun Hibiscus – Ahmad Zaini Ahmad Norbi (Bernama Radio 24)
3. Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2010 – RTM Pulau Pinang (Mutiara FM)
Harapan: 70%

Jangkaan saya (bukan ramalan): 2 kategori susah untuk menang namun tidak mustahil untuk buat kejutan. Amat yakin akan menang 3 kategori. Baki 5 kategori lagi, 50-50

1 comment:

Ibnu K said...

En Letfee, tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Baru saja berkesempatan membaca nukilan en letfee.. Saya agak kurang berpuas hati dengan kemenangan Jamalina dari Hot FM kerana liputan berita mereka tidak sepanjang kita...

Sedangkan Essan Yahya lebih karisma untuk memenanginya.. Apa pendapat en let pulak??