Powered By Blogger

Friday, December 9, 2011

Menteri dan Denggi

Denggi tidak memilih mangsa...menteri atau marhaen. Sekitar tahun 2001 ketika Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan diterajui oleh Datuk (kini Tan Sri) Annuar Musa, saya dan rakan-rakan saya, Ismadi Uthman, Tazidi Yusof dan penerbit allahyarham Haji Mardzi telah ditugaskan untuk menerbitkan dokumentari mengenai Anugerah Remaja Perdana yang mengambil sempena Program Duke of Edinburgh Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956.

Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul.

Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun.Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing.

Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Berbalik kepada kisah kami, setelah selesai semua adegan melibatkan remaja, penggambaran akhir ialah di pejabat menteri. Apabila kami sampai di pejabat beliau, kami diarahkan balik kerana menteri diserang denggi. Kami bagaikan tidak percaya kerana memikirkan hanya marhaen seperti kami yang boleh diserang penyakit itu.

Pembantu am menteri meminta kami datang semula minggu berikutnya. Apabila kami datang balik, kami terpaksa menyapu ‘mekap’ yang tebal di bawah hidung beliau kerana masih kelihatan kesan berdarah. Maklumlah baru pulih daripada denggi.

Tuesday, November 15, 2011

THE FINAL MAIL

It is the final publication of The Malay Mail today, albeit temporary, with a promise to come back in early January with a new look, new content and renewed energy.

Today’s edition carried an unprecedented advertisement on the front page highlighting the historical events that the paper has witnessed since its inception in 1896. These include “Two World Wars, the Japanese Occupation, the Communist Insurgency and multiple editorial crises”.

Running on the theme of “Survival”, the advertisement also carries a bold line that not many newspapers will readily acknowledge of themselves: “And worst of all we have let our readers down”.

The message however ends in an upbeat tone “But we survived it all. Come January 2012, we shall return with a new look, new content and a brand new energy”.

The Malay Mail’s Chief Executive Officer, Phillip Karuppiah said when it comes back as a paid morning newspaper in January 2012, the paper will be positioned as a content provider that reports the news truthfully and factually without any fear or favour.

Today’s edition is the last as a free afternoon daily and next year readers would have to pay a cover price of RM1.

Explaining the new look, News Editor, Terence Fernandez said the paper will include more comprehensive coverage of national, foreign, business, lifestyle, entertainment and sports news and wider coverage of community news as well as the award-winning Hotline and investigative reports that have become synonymous with The Malay Mail.

As work progresses on getting the new product off the ground, readers can continue to get up to date news of the day from The Malay Mail website www.mmail.com.my.

Thursday, September 15, 2011

ISA DIMANSUHKAN

KUALA LUMPUR, 15 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia malam ini, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan RTMi, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan di bawah kuasa Menteri.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," katanya.

Najib ketika mula-mula mengambilalih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Dalam perutusan tersebut, Najib menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baru itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa

"Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan

"Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan," katanya.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa

Najib berkata kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan apa-apa undang-undang yang tidak lagi relevan. - BERNAMA

Saturday, September 10, 2011

APA SUDAH JADI DENGAN SEJARAH KITA?

Ahli falsafah dan Teologi Negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya 'Historical fact and fiction' mendedahkan beberapa fakta sejarah negara yang bercanggah dengan apa yang kita pegang selama ini berdasarkan pembelajaran di sekolah.

Syed Naquib dalam buku itu menulis bahawa sejarah seperti dirujuk sebelum ini mungkin diambil daripada penulisan barat, jadi apa yang ada sebelum tertulis oleh barat tidak tercatat apa-apa fakta.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa sejarah tidak diputar belit, cuma terdapat beberapa fakta yang tidak ditulis.

Satu contoh di dalam buku itu ialah mengenai nama 'Melaka' yang diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud 'pelabuhan' sedangkan sejarah awal yang kita sedia fahami ialah nama Melaka datangnya dari pokok melaka.

Ketika melancarkan buku terbitan UTM Press itu di kampus Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata, sehubungan dengan itu, subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula.

Khaled berkata Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatatkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga adalah berat sebelah.

Sementara itu, Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Zaini Ujang berkata buku Syed Naquib itu memberikan satu interpretasi yang baru terhadap sejarah negara.

Saya belum lagi membaca keseluruhannya buku itu. Namun saya berharap ia tidak akan dipolemikkan sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Sementelah pula ada yang mempertikaian sejarah perjuangan kita menuntut kemerdekaan sehingga ada pihak sanggup mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.