Powered By Blogger

Tuesday, February 15, 2011

Anugerah Maulidur Rasul

Dr. Abdul Hayie bin Abdul Shukur, Ahli Jawatan Kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidul Rasul Peringkat Kebangsaan 1432 Hijri. Salah seorang daripada 6 lagi penerima adalah Wee Soo Yin, Pelajar Ting. 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan.

Penerima lain adalah Datuk Haji Daniran Mustafa, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia; Prof. Dr. Ismawi Zin, Profesor Kuliah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar UIAM; Tan Sri Datuk Sri Dr. Robaiyah Zambahari, CEO Institut Jantung Negara (IJN); Tan Sri Hasmah Abdullah, Bekas CEO Lembaga Hasil Dalam Negeri dan YM Engku Tan Sri Datuk Sri Ibrahim Engku Ngah Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Tahniah kepada semua penerima terutamanya Wee Soo Yin.

Enam tahun lalu, seorang pengacara TV (bukan Islam juga) turut diberi anugerah tersebut. Baru-baru ini beliau didakwa terlibat dalam insiden menyinggung perasaan orang Melayu dengan kenyataan pedasnya mengenai asal-usul orang Melayu. Ketika kejadian, beliau didakwa sedang mabuk. Video insiden itu disebarkan secara meluas dalam YouTube.

Saya mencadangkan JAKIM menyiasat perkara ini dan jika ia didapati benar, anugerah yang diberi kepada pengacara itu harus ditarik balik bagi menjaga kesucian dan imej anugerah berkenaan.

No comments: