LOS ANGELES, July 20, 2016 (AFP) - Hollywood director, producer and comedy giant Garry Marshall died on Tuesday at the age of 81, leaving a legacy that
includes "Happy Days," "Pretty Woman" and countless other iconic hits.
The mogul died of pneumonia after suffering a stroke in hospital in the Los
Angeles suburb of Burbank, according to his publicist.
Directors Guild of America president Paris Barclay led tributes to
Marshall, hailing his gift for storytelling which "brought joy, laughter and an
enormous, beating heart to every screen, large and small."
"It was an honor, and a delight, for all of us who had the pleasure of
serving alongside of him," Barclay said.
Born in New York to a dance teacher mother and film director father,
Marshall got his showbiz break in the 1950s, writing jokes for programs
including The Tonight Show with Jack Paar.
His first big TV hit was "The Odd Couple," and he went from strength to
strength, creating iconic 1970s sitcom "Happy Days" and introducing Robin
Williams to the world through "Mork and Mindy."
Marshall began writing and directing feature films in the 1980s, and was
the creative force behind cult hit "Beaches" (1989).
He is perhaps best known for kick-starting the career of Julia Roberts with
1990's "Pretty Woman" and also made a star out of Anne Hathaway in "The
Princess Diaries" (2001).
The multi-talented Marshall was also known as a talented actor, starring in
"A League of Their Own" and taking several TV roles in the 1990s.
His last three directing credits, star-studded ensemble comedies
"Valentine's Day" (2010), "New Year's Eve" (2011) and this year's "Mother's
Day," were panned by critics but Marshall got the last laugh, scooping healthy
box office numbers.
"I got killed on the last one, but it made $146 million worldwide,"
Marshall told the New York Times, reacting to excoriating reviews of "New
Year's Eve."
Tributes from Hollywood were led by actor Henry Winkler -- Arthur "Fonzie"
Fonzarelli in "Happy Days" -- who tweeted: "Thank you for my professional life.
Thank you for your loyalty, friendship and generosity."
Marshall is survived by his wife of more than half a century, Barbara,
three children and six grandchildren.
Letfee Ahmad
To tell a story, there must be a story to tell.
Wednesday, July 20, 2016
Thursday, May 26, 2016
PBB TERUS PERJUANG KEBEBASAN MEDIA - BAN KI-MOON
INCHEON, KOREA SELATAN, 25 Mei - Media yang bebas dan
bertanggungjawab mampu membantu masyarakat dunia menegakkan hak asasi manusia,
keadilan, maruah dan peluang sama rata untuk semua.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban
Ki-moon berkata atas dasar itu badan dunia berkenaan akan terus memperjuangkan
kebebasan media dan penyebaran maklumat secara bebas.
"Media termasuk media dalam talian berperanan sebagai
mata dan telinga masyarakat.
"Masyarakat juga menerima manfaat daripada maklumat
yang disiarkan media," katanya dalam buku cenderamata Sidang Kemuncak Media Asia
2016 (AMS 2016), di sini hari ini.
Menurut Ban, AMS
2016 berlangsung serentak dengan Sidang Kemuncak Kemanusiaan Antarabangsa di Istanbul yang juga
membincangkan isu kemanusiaan global.
Katanya, ketika ini dunia sedang menyaksikan undang-undang
kemanusiaan antarabangsa dicabuli.
"Hari ini
sekurang-kurangnya 125 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan. Sebanyak 60
juta orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing akibat konflik atau
keganasan dan separuh daripada mereka adalah kanak-kanak," kata Ban.
AMS 2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Songdo di sini
dari 24 hingga 26 Mei disertai lebih 400 peserta termasuk 10 wakil organisasi
media Malaysia.
Kuala Lumpur menjadi
tuan rumah bagi sidang kemuncak itu tahun lepas.
(Penulis mewakili Bernama Radio pada Sidang Kemuncak Media Asia 2016 di Incheon, Korea Selatan pada 24 - 26 Mei 2016)
Sunday, February 28, 2016
PERSATUAN PENULIS DAN PRIBUMI JOHOR BANTU SPRM PERANGI RASUAH
Pertubuhan Masyarakat Prihatin Bumi Malaysia (PRIBUMI) Negeri Johor dan Persatuan Penulis-penulis Negeri Johor melahirkan komitmen untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meningkatkan keberkesanan usaha membanteras rasuah.
Komitmen itu diikrar oleh kedua-dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut dalam Program Dialog dan Santai SPRM Bersama NGO di Kompleks SPRM Johor hari ini.
Ketua Persatuan Penulis-penulis Negeri Johor, Amad Bahri Mardi berkata persatuannya bercadang untuk menyebarluaskan pemahaman masyarakat menerusi penulisan.
"Keahlian dari Persatuan Penulis Johor yang pelbagai bidang antaranya guru, pensyarah, wartawan dan golongan profesional memberi ruang dan peluang untuk penulisan berkaitan pencegahan rasuah.
“Pada tahun ini, kita juga akan meraikan ulang tahun ke-50 dan mungkin kita akan membuat buku dan artikel berkaitan pencegahan rasuah pada masa terdekat," katanya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua PRIBUMI Negeri Johor, Wan Hussin Wan Mohd Noor turut melahirkan komitmen sama bagi membantu SPRM mencegah rasuah.
“Kami membenarkan SPRM menggunakan kami sebagai sebagai alat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat untuk bersama-sama menentang rasuah.
"Sejak bulan Oktober tahun lalu, banyak kerjasama yang dilaksanakan oleh SPRM Negeri Johor bersama-sama PRIBUMI," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Sri Hj Mustafar Ali turut berbesar hati dengan komitmen yang diperlihatkan oleh kedua-dua NGO tersebut.
Dato' Sri Mustafar berharap jalinan kerjasama terutama berkaitan pencegahan rasuah akan berterusan bukan sahaja melibatkan program yang diadakan itu sebaliknya dalam bentuk tindakan dan usaha susulan selepas ini.
Kira-kira 60 ahli kedua-dua pertubuhan hadir dalam program hari ini.
Tuesday, December 22, 2015
ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE HARAM
Majlis Fatwa Kebangsaan malam tadi memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di Sepang.
Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.
Muzakarah itu turut dihadiri mufti, timbalan mufti negeri-negeri dan ahli-ahli yang dilantik Majlis Raja-raja.
Abdul Shukor berkata kajian dari sudut kesihatan turut diambil kira hasil maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang melakukan pengumpulan maklumat mengenai kesan penggunaan bahan itu di seluruh dunia.
Katanya pakar kesihatan juga mendapati vape dan rokok elektronik tidak dapat membantu perokok dan perokok tegar untuk berhenti merokok.
Abdul Shukor berkata penggunaan vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Saad al-Zarala iaitu menutup keburukan lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.
Beliau berkata penggunaan rokok elektronik dan vape boleh diibaratkan seperti menghisap rokok konvesional, yang mengandungi pelbagai bahan beracun.
Keputusan itu juga adalah selari dengan pendapat di beberapa negara Islam lain termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.
Beliau menambah penggunaan rokok elektronik dan vape turut diharamkan di beberapa negara bukan Islam.
Sejajar dengan keputusan yang dibuat, Abdul Shukor turut mengesyorkan negeri-negeri lain mengikuti keputusan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan itu.
Setakat ini pihak berkuasa di Johor, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Perak telah lebih awal membuat keputusan pengharaman penggunaan bahan itu.
SUMBER: BERNAMA
Thursday, July 30, 2015
BELA KELUARGA MANGSA MH17 - MASIH ADA HARAPAN
Masih ada harapan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab dalam tragedi pesawat MAS penerbangan MH17 ke muka pengadilan.
Demikian menurut Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Sufian Jusoh ketika mengulas tindakan Rusia menggunakan kuasa vetonya bagi menggagalkan cadangan resolusi penubuhan tribunal antarabangsa MH17.
Beliau berkata jika tribunal itu ditubuhkan di bawah Fasal 7 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semua anggota Majlis Keselamatan PBB termasuk Rusia wajib bekerjasama dengan mahkamah atau tribunal yang akan ditubuhkan.
Dr Sufian berkata salah satu pilihan ialah menubuhkan mahkamah khas dalam sistem perundangan Ukraine yang membolehkan mereka yang bertanggungjawab didakwa di bawah undang-undang jenayah negara itu.
"Bagaimanapun, ini bergantung kepada keberanian Ukraine untuk melaksanakan pendakwaan di bawah undang-undang mereka.
"Pilihan itu juga juga terletak kepada sama ada penjenayah berkenaan dikenal pasti dan boleh hadir untuk dibicarakan," katanya ketika bercakap kepada Bernama Radio24 hari ini.
Bagaimanapun, katanya ini hanya boleh terlaksana dengan kerjasama Rusia.
Menurut Dr Sufian lagi, pilihan lain adalah mengadakan perbicaraan di Rusia melalui tribunal khas di negara itu.
Namun demikian, katanya, langkah itu mungkin tidak disokong kuasa-kuasa besar lain.
Dr Sufian yang juga Pengerusi Kumpulan Pakar Tidak Formal Asia-Afrika Bagi Undang-Undang Antarabangsa berkata, dalam hal ini, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bukan satu pilihan kerana ia hanya membicarakan jenayah kemanusiaan, penghapusan etnik dan jenayah perang.
Saturday, August 16, 2014
Robin Williams adalah Adrian Cronauer
Pelakon Robin Williams yang ditemui mati dipercayai akibat bunuh diri pada usia 63 tahun pada 11
Ogos lalu, mempunyai kerjaya cemerlang sepanjang pembabitannya dalam bidang
filem.
Dilahirkan sebagai Robin McLaurin Williams, beliau memulakan
kerjaya seninya sebagai stand-up comedian di San
Francisco dan Los Angeles.
Namanya mula dikenali apabila berlakon dalam sitkom
televisyen Mork & Mindy terbitan ABC pada 1978 hingga 1982.
Menerusi siri itu, Williams menerima Anugerah Golden Globe
bagi kategori Aktor TV Terbaik untuk
Muzikal/Komedi pada 1979.
Salah satu kemunculannya yang dianggap terbaik oleh
pengkritik filem adalah lakonannya dalam filem Good Morning, Vietnam yang hasilkan pada 1987.
Filem itu mengenai seorang DJ ortodoks yang mengubah keadaan
apabila dihantar bertugas di
Perkhidmatan Radio Tentera Amerika di Vietnam.
Good Morning, Vietnam memaparkan
kehidupan sebenar Adrian Cronauer (lakonan Williams), seorang bekas sarjan dan deejay Tentera Udara Amerika Syarikat
yang berkhidmat di Saigon ketika Peperangan Vietnam di antara 1965 dengan 1966.
Peranan Williams sebagai personaliti radio era perang dengan
sikapnya yang tidak menghormati orang lain membawanya ke fasa lain dalam kerjayanya.
Pada 1988, lakonan cemerlang Williams dalam filem itu
memberinya Anugerah Golden Globe untuk kategori Persembahan Terbaik oleh Aktor dalam Filem Komedi/Muzikal.
Lakonan Williams dalam Good
Morning, Vietnam telah juga diiktiraf oleh American Comedy Awards apabila beliau menerima
anugerah
kategori Aktor Paling Lucu dalam Filem Cereka (Peranan Utama).
Good Morning, Vietnam salah sebuah daripada beberapa filem yang
memaparkan kisah hidup personaliti radio.
Dalam filem Play Misty
for Me (1971), Clint Eastwood memegang peranan sebagai deejay yang
mempunyai hubungan sulit dengan pendengarnya dan kemudian diganggu oleh
pendengar itu.
Filem FM terbitan
1978 mengisahkan seorang deejay rock dalam era kegemilangan muzik rock.
Filem Talk Radio
(1988) pula mengenai dunia program bicarawara radio yang penuh kontroversi
menerusi watak pengacara lakonan Eric Bogosian.
Filem Airheads
(1994) mengisahkan tiga anggota kumpulan muzik mengugut kakitangan sebuah
stesen radio dengan pistol plastik apabila ketua deejay enggan memainkan lagu
mereka.
Pirate Radio (2009) pula memaparkan cerita mengenai stesen haram
yang berleluasa di United Kingdom pada tahun 1960-an.
Filem Good morning,
Vietnam menyentuh banyak pihak baik dalam tentera mahupun radio semuanya
kerana watak Adrian Cronauer yang hidup
kerana gaya komedi gila-gila Robin Williams.
Tekanan dan kekecewaan akibat peperangan dan kemahiran
menangani tekanan dengan mempersendakan situasi hanya mampu dilakukan oleh
seorang individu yang luar biasa.
Williams berjaya membawakan
watak Cronauer mengikut acuannya apabila kesombongan Cronauer
berjaya ditonjolkan menerusi gaya
gila-gilanya.
Untuk berjaya dalam kerjaya radio, kadangkala seseorang itu
perlu mempunyai sikap ‘kurang ajar’. Ini
yang dipaparkan menerusi watak Cronauer oleh Robin Williams.
Sebagai pelakon, Williams
memahami apa yang perlu diberi untuk
menghidupkan Cronauer di layar filem.
Penerbit Good Morning,
Vietnam, Mark Johnson pernah berkata “ Adrian Cronauer adalah watak yang dicipta untuk Robin Williams”.
Friday, October 18, 2013
PEMILIHAN UMNO 2013
Pada 12 Oktober lalu, kira-kira 220,000 anggota ketiga-tiga sayap Umno, iaitu Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri telahpun menentukan barisan pemimpin bagi menerajui pergerakan masing-masing untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Esok lebih 144,000 perwakilan Umno dari 191 bahagian akan bersidang serta mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan parti itu di peringkat bahagian dan pusat.
Nasib 71 calon yang bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi Umno akan ditentukan dalam pemilihan format baharu yang diperkenalkan tahun ini berikutan pindaan perlembagaan parti tersebut pada 2009.
Jawatan Pengerusi Tetap, Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan ditandingi kerana ketiga-tiga penyandangnya iaitu Tan Sri Badruddin Amiruldin, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding.
Perhatian sudah pasti tertumpu kepada enam calon yang bakal berentap merebut jawatan naib presiden Umno.
Mereka adalah tiga penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Mesyuarat peringkat bahagian dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi Umno menjadi titik penentu bagi melengkapkan barisan kepimpinan parti di belakang Presiden dan Timbalan Presiden selain ketua-ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang telah memperoleh mandat masing-masing, minggu lepas.
Umno boleh menjadi pengasas arah aliran atau 'trend-setter' kepada parti lain dalam menjalankan pemilihan masing-masing.
Perubahan yang dibawa Umno dalam pemilihan pemimpin di peringkat pusat kali ini dilihat lebih ke hadapan kerana proses pemilihan pemimpin melibatkan ahli akar umbi dan bukan hanya 2,500 perwakilan dalam perhimpunan agung.
Penglibatan lebih ramai perwakilan dapat menghalang proses pemilihan dicemari oleh rasuah politik.
Melalui sistem badan perwakilan pemilih atau ‘electoral college’, iaitu keputusan dibuat berdasarkan satu bahagian satu undi akan meningkatkan nilai undi di peringkat bahagian.
Format baharu itu juga memberi lebih ruang kepada ahli untuk meluaskan lagi konsep pendemokrasian Umno berikutan terhapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding asalkan memenuhi syarat.
Bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi, syarat minimumnya ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Ahli Jawatankuasa bahagian selama satu penggal.
Syarat untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa bahagian pula ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.
Format pemilihan baharu itu telahpun diuji keberkesanannya minggu lalu apabila ketiga-tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri mempamerkan kematangan dengan memilih pemimpin yang mereka rasa berkemampuan membawa anggota masing-masing ke fasa seterusnya.
Dalam tempoh 24 jam ini, bukan sahaja 71 calon yang bertanding esok akan merasakan debaran menunggu keputusan, malah seluruh para perwakilan Umno yang akan mengundi juga tidak sabar-sabar menggunakan kuasa masing-masing untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui parti mereka untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Selain itu, pemilihan esok juga sudah pasti dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat kerana apa yang berlaku dalam parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu akan juga menentukan arah tuju pentadbiran negara.
Wajah-wajah yang bakal diisytiharkan sebagai pemenang dalam pemilihan esok bakal menentukan nasib BN dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.
Dan Jika BN diberi mandat sekali untuk menerajui kepimpinan negara, wajah-wajah yang akan menang itu sudah pasti antara mereka yang bakal dilantik mengisi jawatan penting dalam kabinet dan pentadbiran kerajaan.
Ini bukan satu kenyataan kosong kerana 11 daripada 32 anggota kabinet sekarang adalah dari Umno.
Begitulah pentingnya Pemilihan Umno 2013 jika dilihat dalam konteks di luar kepartian.
Kepada semua perwakilan dan calon-calon yang bertanding esok, selamat bersidang dan selamat menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin.

Subscribe to:
Posts (Atom)