Sunday, May 8, 2011

TENGGANG TELAH KEMBALI

meredah lautan

melawan ribut taufan

malam siang tiada beza

haluannya hanya

titik cahaya

di daratan sana

itu ibunya

di tangan kirinya pelita

di tangan kanannya

pisang salai dan pulut kukus

kegemaran anaknya

tenggang melabuh sauh

derhakanya dilempar jauh

ingin segera memeluk ibu

meminta ampun

atas dosa bertahun

ii

tenggang telah kembali

kita bila lagi?

LETFEE AHMAD

8 Mei 2011

No comments: