KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Bernama Radio24 (BR24) muncul dengan
drama khas kemerdekaan bagi tahun kedua berturut-turut dengan penampilan
istimewa peranan kameo Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jika dalam drama 'Memoir 57' sempena Hari Kemerdekaan ke-55 tahun lepas,
Najib muncul memberi ucapan hari kemerdekaan pada akhir drama, kali ini beliau
turut berlakon dengan rakaman dialog beliau dibuat di pejabatnya di Putrajaya.
"Kami terharu dengan kesudian perdana menteri untuk muncul dalam drama khas
ini walaupun beliau sibuk dengan tugas hariannya," kata Ketua Rancangan BR24,
Hakimi Zain yang turut hadir pada rakaman babak Najib di pejabatnya.
"Saya juga kagum dengan sikap profesionalisme perdana menteri yang dapat
menyiapkan rakaman tanpa banyak latihan walaupun tidak pernah berlakon sebelum
ini," kata Hakimi.
Drama 'Ikrar Perwira' yang diterbitkan sempena Hari Kemerdekaan ke-56 akan
disiarkan malam ini selepas perutusan khas kemerdekaan perdana menteri.
-- LAGI
RADIO24-MERDEKA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Berdasarkan peristiwa tragedi berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah,
drama tulisan Nizuan Hanaffi ini turut dilakonkan oleh Man Raja Lawak yang
memegang peranan utama manakala watak lain dilakonkan petugas BR24 sendiri.
Mereka terdiri daripada Pengarang Urusan Berita Letfee Ahmad, Penerbit
Rancangan Khairil Bashar, peneraju Gerard Ratnam dan Shuhadah Armawan serta
Nizuan Hanaffi yang juga bertindak sebagai penerbit drama ini.
-- BERNAMA
MLA RV ROS
Sunday, September 1, 2013
Tuesday, August 27, 2013
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 LIBATKAN PENYERTAAN TERBESAR
|
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini akan melibatkan penyertaan terbesar sebanyak 16,375 orang. Mereka terdiri daripada 15 kontinjen dan 5 buah kereta berhias di samping 56 orang peserta belia dan remaja dalam pembacaan ikrar, kata Setiausaha Bahagian Acara, Jabatan Perdana Menteri, Rosita Rahim. Dalam temubual pada program 'Ala Carte Pagi' terbitan Bernama Radio24 hari ini, beliau berkata, segmen pertama iaitu Rukunegara melibatkan para pelajar dari Jabatan Pendidikan dalam acara bacaan ikrar dan persembahan kreatif di padang. Segmen kedua adalah Kesatuan Rakyat dan Perpaduan Sejagat melibatkan persembahan 'Flash Mob' terbesar iaitu 500 orang dari pelbagai kaum. Segmen ketiga persembahan 'drumline' yang melibatkan beberapa babak penceritaan. Segmen akhir adalah persembahan pasukan keselamatan iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. -- LAGI MERDEKA-SAMBUTAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR Sehubungan itu Rosita berkata sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 dan Hari Malaysia ke-50 tahun ini masih terus mengekalkan aspirasi kerajaan yang bertunjangkan gagasan 1Malaysia. Selain itu, ia juga akan menerapkan elemen-elemen perpaduan, semangat patriotik dan mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan anasir-anasir luar. Beliau berkata konsep itu juga memberi peringatan kepada rakyat mengenai kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan rasa sayang dan cintakan negara. "Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna, misalnya, telah menjadi iktibar terbaik untuk kerajaan melihat akan kepentingan memperkukuh dan memperbaiki sistem keselamatan negara," katanya. -- BERNAMA MLA KHY RS |
Monday, August 12, 2013
Guruku Atondra
Pada zaman kegemilangan ‘Drama Minggu Ini’ (DMI) terbitan
Radio Televisyen Malaysia dahulu, nama Atondra atau Dato’ Dr. Nordin Abdul Rahman memang tidak
boleh dipisahkan daripada siri berkenaan.
Disiarkan pada setiap malam Ahad, siri 45 minit karya penulis tempatan itu disunting oleh Atondra yang merupakan
satu-satunya penyunting skrip pada masa itu.
Daripada drama hitam-putih
hinggalah drama berwarna, Atondralah tokoh yang mewarnai bidang penerbitan
drama TV pada masa itu.
Hanya pada 1984 apabila Drama Swasta diperkenalkan, barulah
Atondra ditemani oleh nama-nama lain seperti Aziz Jahpin, Ramlah Jalee, Datuk
Dr. Nordin Hassan, Nurhalim Ismail dan Bidin Subari, sekadar menyebut beberapa
nama.
Saya sendiri turut menerima bimbingan beliau semasa menjalani latihan amali selama enam bulan ketika berada pada tahun akhir kursus Sebaran Am
Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) pada awal 1980-an.
Walau bagaimanapun, skrip pertama saya ‘Keranamu Ana’ yang
disiarkan dalam slot DMI disunting oleh Ramlah Jalee.
Atondra bukan sahaja terkenal dalam bidang penulisan dan
penyuntingan skrip drama TV. Beliau
banyak juga menulis skrip drama radio, cerpen dan puisi. Namun namanya lebih menonjol dalam bidang
penulisan drama TV.
Karya-karya beliau juga diterbitkan dalam bentuk antologi,
antaranya ‘Arafah’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1985.
Kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap bidang
penulisan, Atondra bersama-sama beberapa penulis seperti Dato’ Abdul Samad
Maharudin, Ismas Saring dan Dr. Rhmad Razali Yusof telah menubuhkan Persatuan
Kebajikan Penulis Muda Selangor atau KEMUDI yanag didaftar secara rasmi pada 6
Julai 1972.
Selain penulisan kreatif, Atondra turut terlibat dalam
bidang kewartawanan dan seni foto. Ramai
yang tidak tahu bahawa Angkatan Seni Foto atau Asfon ditubuhkan di rumah
Atondra di Kampung Baru pada 1969. Malah
Atondra turut menyumbang idea bagi merangka perlembagaan Asfon sehingga
pertubuhan itu didaftarkan secara rasmi pada 18 Ogos 1970.
Selain penglibatan Atondra dalam bidang penulisan, beliau
juga aktif sebagai pengamal perubatan homeopati sdehingga dipilih sebagai
Timbalan Presiden Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia pada sesi 1996 hingga
2008.
Pertemuan semula dengan Atondra pada minggu terakhir Ramadan
baru-baru ini mengembalikan nostalgia ketika bersama-sama beliau hampir 30
tahun yang lalu.
Pertemuan yang diatur oleh beberapa rakan penulis iaitu Zakaria Ariffin (tokoh teater dan pensyarah di ASWARA), A. Wahab Hamzah (pengkritik filem dan teater), Suraya Ariffin (penulis dan bekas Editor majalah Homeopathy) akan saya jadikan kenangan sepanjang hayat.
Dari kiri: Letfee Ahmad, Zakaria Ariffin, Atondra dan A.Wahab Hamzah
Gambar ehsan Suraya Ariffin.
Saturday, July 20, 2013
Conscience Clause in Journalists' Employment Contract
Editor-at-Large of mysinchew.com, Bob Teoh proposes the
introduction of the Conscience Clause in the contract of employment for
journalists to protect them if they refuse to undertake an unethical task.
In making this proposal, Teoh said the clause also meant journalists could
claim compensation if they decided to leave the organisation.
Speaking at a forum entitled, 'Media and Ethics in
Malaysia', in Kuala Lumpur today, Teoh quoted an example of such clause introduced in Spain’s Organic Act number 2
since 1997.
He also mentioned the case where Lord Justice Leveson acknowledged the proposal
by the National Union of Journalists of Britain last year to include conscience
clause as a working condition for journalists.
My question is - who decides whether such a task is ethical
or otherwise?
Thursday, July 11, 2013
STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA 2013/2014
KENYATAAN OLEH YBHG. DATO’ PROF. MORSHIDI BIN SIRAT KETUA
PENGARAH, JABATAN PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI
STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/MATRIKULASI/ASASI (IJAZAH PERTAMA) SESI
AKADEMIK 2013/2014
Seramai 41,573 calon berjaya mendapat tempat di institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi
akademik 2013/2014. Mereka dipilih daripada 68,702 permohonan.
Seramai 24,489 atau 58.9 peratus adalah daripada aliran
sains dan 17,084 (41.1) peratus lagi aliran sastera.
Daripada jumlah ini seramai 28,280 calon wanita berjaya
mendapat tempat di IPTA dan selebihnya lelaki.
Selain itu, 49 calon Orang Asli turut menerima tawaran ke
IPTA, 68 calon Orang Kelainan Upaya dan 1,515 atlet kebangsaan dan antarabangsa.
IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang
berjaya mulai esok.
Prestasi calon yang berjaya mengikut kaum adalah 30,903
orang (74.3 peratus) bumiputera, 7,913 orang (19 peratus) Cina, 1,824 orang
(4.4 peratus) India dan 933 orang (2.3 peratus) kaum lain.
Seramai 5,765 calon ditawar mengikuti program pengajian kompetitif
iaitu perubatan (699), pergigian (119), farmasi (260), undang-undang (385),
kejuruteraan kimia (953), kejuruteraan mekanikal (1,304), kejuruteraan elektrik
dan elektronik (1,122) dan perakaunan (923).
Semakan keputusan permohonan ke IPTA boleh dibuat melalui laman
web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my,
http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my atau menghubungi talian penting 03-8870 6767, talian
bantuan 03-8870 6777, talian am 03-8870
6755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas dengan menaip UPU RESULT (no
KP) dan SMS ke 15888.
Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju
terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 21 Julai.
Pengesahan setuju terima tawaran dan
surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA.
Calon juga boleh
datang ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di
Presint 5 untuk membuat semakan sehingga
21 Julai.
Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10
hari melalui e-Rayuan di laman web
http://upu.mohe.gov.my mulai hari ini dan berakhir 21 Julai 12 tengah malam.
Keputusan pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan
tempat dan rayuan dianggap gagal jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA
sehingga 30 Sept depan.
Tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1 sehingga
2 Sept.
Pegawai Khas Menteri Isytihar Harta
Buat julung kali Pegawai-pegawai Khas Menteri
mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) susulan keputusan kerajaan dua minggu lalu.
Mereka yang menyerahkan dokumen hari ini ialah Pegawai Khas
kepada Timbalan Perdana Menteri, Mohd Naaim Mahmod; Pegawai Khas kepada Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Khaireel Azlee dan Pegawai Khas kepada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Idris Jala, Izhar Moslim.
Dokumen pengisytiharan harta diserahkan kepada Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada majlis ringkas yang berlangsung
di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu negara, hari ini.
Ini salah satu inisiatif yang telah dibentangkan pada
Mesyuarat Pasukan Petugas Penyampaian NKRA Membanteras Rasuah, yang dipengerusikan
oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut kenyataan terdahulu yang dibuat oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, "peranan seorang Pegawai
Khas adalah penting kerana dalam sesetengah kes, mereka bertindak sebagai
'pengawal' kepada menteri dan mempunyai keistimewaan kepada maklumat-maklumat
yang amat sulit,dengan mengasaskan tatacara peluang untuk salah laku dapat
dikurangkan."
Selain proses saringan, pegawai khas perlu mengisytiharkan
harta mereka kepada Perdana Menteri setiap tahun sama seperti menteri dan Ketua
Pesuruhjaya SPRM.
Abu Kassim menegaskan terdapat dua elemen penting yang
termaksud dalam dokumen pengisytiharan harta tersebut dan formatnya adalah sama
dengan Pekeliling Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
iaitu Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993, mengehendaki pegawai awam mengisytiharkan harta yang mereka miliki
apabila mula dilantik, bila ada pertambahan harta baru, bila melupuskan harta
yang telah dilaporkan atau bila diarah oleh kerajaan.
Harta yang perlu diisytiharkan termasuk harta yang dimiliki
oleh pegawai, harta yang dimiliki oleh isteri dan juga yang dimiliki oleh anak pegawai
yang di bawah tanggungannya dan secara akuan sumpah.
Abu Kassim turut menyatakan bahawa selain untuk menjaga
integriti pegawai khas menteri, usaha ini juga dapat menghapuskan sindrom ’orang
tengah’ yang segelintirnya telah
menyalahgunakan kuasa dan rangkaian hubungan murni yang telah diamanahkan kepada
mereka.
Beliau juga berharap agar Pegawai Khas Menteri dapat sama-sama
memahami, membantu dan menyelami usaha-usaha membanteras rasuah yang sedang
dilaksanakan dan dapat membantu menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini
kepada anggota jemaah menteri.
Sunday, January 20, 2013
MUKHRIZ DAHULUI SENARAI PENERIMA PINGAT
ALOR SETAR, 20 Jan – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan sempena hari keputeraan ke-85 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Mukhriz menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Datuk Paduka.
Turut menerima (DHMS) ialah Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Datuk Seri Rodzali Daud.
Lima orang menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.
Mereka ialah Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hussin, Ahli Lembaga Kolej Universiti Insaniah Prof Datuk Ismail Ibrahim, Datuk Lim Teong Kiat dari Taman Pumpong di sini dan Datuk Tan Hong Eng dari Langkawi.
Tiga orang dikurnia Darjah Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk. Mereka ialah Ketua Staf Markas Tentera Darat Mej Jen Datuk Mohd Noor Daud, Panglima MK 2 Divisyen Mej Jen Datuk Azizan Md Delin dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Datuk Mohamad Zabidi Zainal.
Sebanyak 60 orang menerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang turut membawa gelaran Datuk.
Antara penerima DSDK ialah Yang Teramat Mulia (YTM) Datin Tunku Marina Tan Sri Tunku Annuar; Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Dr Ismail Salleh; Anggota Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kasim; Anggota Dewan Negara Muhamad Yusof Husin; Pegawai Daerah Langkawi Harun Jasin; Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim; YTM Tunku Muzafar Shah Datuk Tunku Jaafar Laksamana dan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia Prof Dr Asma Ismail.
Turut menerima DSDK ialah Ketua Provos Marsyal Darat Brig Jen Mohd Nasser Murad; Panglima MK 21 Grup Gerak Khas Brig Jen Effendi Ab Karim; Pengarah Kesihatan (Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera) Brig Jen Zakaria Awang; Ketua Penolong Pengarah D7 SAC Datuk Abd Jalil Hassan; Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am SAC Datuk Mohd Rodzi Ismail; Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Ahmad Ishak; dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Kedah Medical Centre (KMC) Dr Kamaruzaman Ali, Pesuruhjaya Perdagangan Konsul Jeneral Malaysia (Bahagian Komersil) Los Angeles Fauzi Ayob, Pegawai Khas kepada Naib Canselor (Media dan Acara Rasmi) Universiriti Teknologi MARA Prof Dr Ahmad Redhuan Abdul Rahman dan pelakon veteran Zulkifli Zain.
Seramai 17 orang menerima pingat Jaksa Pendamai (JP).
Istiadat penganugerahan berlangsung di Istana Anak Bukit di sini, hari ini. – Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)



