Ahli falsafah dan Teologi Negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya 'Historical fact and fiction' mendedahkan beberapa fakta sejarah negara yang bercanggah dengan apa yang kita pegang selama ini berdasarkan pembelajaran di sekolah.
Syed Naquib dalam buku itu menulis bahawa sejarah seperti dirujuk sebelum ini mungkin diambil daripada penulisan barat, jadi apa yang ada sebelum tertulis oleh barat tidak tercatat apa-apa fakta.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa sejarah tidak diputar belit, cuma terdapat beberapa fakta yang tidak ditulis.
Satu contoh di dalam buku itu ialah mengenai nama 'Melaka' yang diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud 'pelabuhan' sedangkan sejarah awal yang kita sedia fahami ialah nama Melaka datangnya dari pokok melaka.
Ketika melancarkan buku terbitan UTM Press itu di kampus Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata, sehubungan dengan itu, subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula.
Khaled berkata Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatatkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga adalah berat sebelah.
Sementara itu, Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Zaini Ujang berkata buku Syed Naquib itu memberikan satu interpretasi yang baru terhadap sejarah negara.
Saya belum lagi membaca keseluruhannya buku itu. Namun saya berharap ia tidak akan dipolemikkan sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
Sementelah pula ada yang mempertikaian sejarah perjuangan kita menuntut kemerdekaan sehingga ada pihak sanggup mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.
No comments:
Post a Comment